Penawaran (ekonomi)

Penawaran ialah jumlah kuantiti barang dan perkhidmatan yang sanggup dikeluarkan oleh pengeluar pada satu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Penawaran pasaran adalah jumlah kuantiti barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan semua pengeluar dalam pelbagai tingkat harga dalam jangka masa tertentu.Sebab Keluk Penawaran Bercerun PositifMenurut hukum penawaran semakin tinggi harga semakin banyak kuantiti barang yang ditawar oleh pengeluar. Sebaliknya semakin rendah harga semakin sedikit kuantiti barang yang ditawarkan, ceteris paribus.